Terma & Syarat

Terma & Syarat Kad Kahwin by Chantiqs Cetak

1. Kad Kahwin Custom.

Tempahan Kad Kahwin Custom hanya diterima kepada pelanggan yang menghantar maklumat lengkap(Borang tempahan + deposit) kepada pihak kami 2 bulan sebelum tarikh penghantaran/serahan dilakukan kepada anda.

Contoh: Tarikh penghantaran/serahan yang anda pilih pada 1/11/2015 jadi anda perlu menghantar borang tempahan dan deposit untuk tempahan kad kahwin custom SEBELUM 1/09/ 2015

2. Kad Kahwin Design Sediaada

Kepada pelanggan yang menghantar borang tempahan dan deposit kepada pihak kami kurang daripada 2 bulan dari tarikh penghantaran/serahan dilakukan kepada anda. Anda hanya boleh memilih mana-mana design kad kahwin yang telah disediakan di halaman web kami, tetapi anda masih boleh membuat beberapa perubahan seperti:

  • Warna Tema
  • Format Kad
  • Susun atur layout

3. Pembetulan Artwork/Design

Sebarang perubahan artwork boleh dilakukan sebanyak 3 kali sahaja selepas artwork pertama siap dan ditunjukan kepada pelanggan. Selepas perubahan yang ke 3, caj Rm50 akan dikenakan untuk setiap perubahan atau rekaan baru.

4. Kad Kahwin Custom

Pelanggan boleh memberi seberapa banyak contoh-contoh kad sebagai panduan untuk proses rekaan kad kahwin custom, tetapi Chantiqs Cetak hanya menggunakan sumber elemen/ imej/clipart/pattern yang kami miliki untuk mengilhamkannya ke dalam rekaan anda.

5. Pelarasan Warna

Pihak Chantiqs Cetak tidak dapat menjanjikan warna hasil cetakan yang 100% sama dengan artwork yang telah dipersetujui kerana ia melibatkan dua penyelarasan warna iaitu pada pada skrin monitor komputer dan mesin cetak. Julat ketidakselarasan warna dalam cetakan produk akhir kami ialah 5%-10% daripada warna di sample website kami.

6. Bayaran & Penghantaran

Pembayaran boleh dilakukan secara deposit 50% atau bayaran penuh terus. Proses Rekabentuk kad atau lain-lain produk tempahan hanya akan bermula selepas bayaran atau deposit diterima. Baki lagi 50% dibayar sebelum kami melakukan cetakan. Penghantaran produk akan dilakukan dalam tempoh 10-14 hari selepas tarikh cetakan.

7. Pengiklanan Logo Jenama Chantiqs.com

Semua harga jualan rasmi produk Chantiqs Cetak ialah termasuk nilai pengiklanan jenama Chantiqs.com di produk tersebut.Cetakan logo Chantiqs.com di bahagian produk buatan kami adalah standard pengiklanan jenama Chantiqs.com.Pelanggan dibolehkan untuk tidak membenarkan Chantiqs Cetak mengiklankan logo di produk tempahan mereka dengan membuat bayaran tambahan 20% daripada nilai keseluruhan belian/tempahan produk.

8. Pembatalan Tempahan & Pemulangan Deposit

Pembatalan tempahan dibenarkan jika produk masih belum dicetak dan caj pembatalan akan dikenakan. Berikut ialah jadual kos yang akan dikenakan atas pembatalan tempahan :

  • Pembatalan tempahan sebelum kerja draf design dilakukan @ Caj RM20.00
  • Pembatalan tempahan selepas kerja draf design dilakukan tetapi belum melibatkan kerja pembetulan @ Caj 10% daripada nilai tempahan
  • Pembatalan tempahan semasa proses kerja pembetulan @ 20% daripada nilai tempahan
  • Deposit penuh akan dipulangkan jika pembatalan ialah atas sebab kegagalan Chantiqs Cetak memenuhi jangka waktu proses yang tertera dalam polisi tempahan & jadual tempoh masa Chantiqs.com.

9. Tanggungjawab Sosial Syarikat

Semua harga pakej promosi yang diiklankan ialah berasaskan kepada ‘CSR’ syarikat bagi membantu kerajaan mengurangkan beban kos perbelanjaan perkahwinan rakyat Malaysia. Harga-harga pakej dan promosi yang diiklankan hanya sah untuk warganegara Malaysia sahaja.

×